27.12.09

26.12.09

Sehari di Shah Alam

Pagi-pagi Sabtu... Seperti biasa ke masjid. Terlewat bangun, Subuh kat rumah, tapi tetap ke masjid untuk dengar ceramah Bicara Ad-Din. Ustaz kata, kita kena basahkan telinga dan hati dengan ilmu agama dan ceramah kesedaran, paling kurang sekali dalam 40 hari, kalau tak, hati jadi keras. Selalu doakan agar hati terpaut pada masjid dan majlis ilmu. InsyaAllah, jiwa akan lebih tenang dan kehidupan akan jadi lebih mudah.

Ustaz Farid pun ada...?
Memang ada gaya... Caya lah...

Wajah ceria... Kenyang... lepas dengar ceramah, breakfast disediakan. Alhamdulillah...

Cerah betul wajah orang yang melangkah ke masjid awal pagi, kan?


Petang, jejalan kat tasik Shah Alam. Ingat nak bawak ke akuarium kat tepi tasik, tapi tutup sbb cuti X'mas. Tengok orang mancing ikan je lah...






Lewat petang pegi kat Padang Jawa. Ingat nak makan sea food, tapi ikan siakap saiz kecik sekor je harga RM25, tak masak lagi tu. Sekor mana cukup! Ikan pari sekeping besar sebelah tangan Su je harga RM15. Udang tak de... sotong tak de. Sedap ke tidak belum tentu. Sudahnya kami ke pasar malam di seberang jalan. Beli Yong Tau Foo... Sedap!!! Kan Lang kan...? Kan Fad kan...?

Fad & Lang : Selamat Tinggal Maahad Tahfiz





23.12.09

Weekend di Shah Alam - Kerahan Tenaga

Inilah pasangan pengantin lama dan baru.

Pengantin lama yang tetap romantik.

Lepas gian nak berposing atas pelamin.

Fad dan Lang kena tempias kerahan tenaga. Kesian....

Ayah Su sebagai jurugambar bidan terjun.

Berehat sat lah.

Ini masa akad nikah Lah, anak sepupu Su, anak saudara Su Nie dan Cik Nun.

Sempat lagi bergambar walaupun sibuk.

Penat tapi Lang tetap senyum... mahu taknye... anak dara ramai wooo...

Ni haaa... anak dara Cik Nun. Opsss... sorang tu bini orang ye!

15.12.09

Lang & Fad - Weekend di Shah Alam






Aktiviti hujung minggu. Sabtu pagi solat Subuh kat masjid, dengar bicara Ad-Din dan breakfast. Ahad pagi, jongging dan breakfast kat tasik.

12.12.09

menjamu mata di NAZA

Memenuhi impian Fad yang nak sangat ke Naza Italia, Su dan Ayah Su bawak Fad dan Lang ke Naza World dan Naza Italia untuk tengok himpunan kereta mewah. Kereta yang sebiji harganya boleh buat lebih dari 10 buah banglow kat Kelantan.

Ini kereta berharga lebih dari 3 juta!!! Apa namanye ye? Sori lah ye, Su tak tahu nama kereta ni. Meserati ke??? Bunyi macam itek serati je... Haha

Dapat le pagang dan sentuh kereta harga juta-juta... Kan Fad?

Uiiii.... Merahnye...





Ini kereta "BRABUS", singkatan untuk nama "BERAMBUS"... Ishhh... tak de nama lain ke nak bagi, kan?

Lang bergaya machoooooo.... Harganya pun machoooo.....

Errr... Ini kereta idaman Lang, kan?

Errr... kereta idaman ayah Su. Ini kereta apa ye? Rupa bentuk kereta ni ada iras-iras Kermit the frog je... Hehe.


Kalau tak silap su, ini kereta Toyota Velfire. Betul kan?


Su berkenan kereta ni, tapi sbb muatannya untuk dua orang je, cancel je lah... Tak sanggup nak beli sbb tak boleh nak bawak penumpang.
Hehe...



Ini kereta apa ye? Tak le...
Tak boleh nak ulas pepanjang bab kereta ni sbb Su tak tahu... Huhu.

Perasan tak yang kereta mewah ni kebanyakan warna hitam, merah, silver, putih...
Ngapa la dia org tak cat warna pink ke... purple ke... biu ke... ejo ke... kunin ke.... olen ke...