27.5.09

Dah tambah lagi setahun erk!


Istimewa buat abang ipar tersayang....
Selamat Menyambut Ulang Tahun Kelahiran. Ish... nampak muda pulak bila abg Mat bersongkok. Senyum manis lak tu. Bukan senang nak cari gambar abang Mat senyum. Selalunya serius je muka bila ambik gambar. haha!

Sempena hari lahir kali ini, su kirimkan doa khusus buat abg...
"Ya Allah, Ya Mujiid, Ya Hayyu, Ya Qayyum...
Mohon padaMu Ya Allah,
Rahmatilah abang iparku Muhammad Awang Lah,
Hiasi hidupnya dengan cahaya suluhan iman.
Limpahi hatinya dengan cinta dan kasih sayang.
Jagai dan pelihara dirinya dari segala keburukan.
Anugerahi dia dengan umur yang panjang dan terjaga kesihatan.
Berikan dia rezeki yang sentiasa mencurah dan penuh keberkatan.
Semoga hanya yang baik-baik saja berlaku dalam kehidupan.
Amin."

Salam sayang dari adik iparmu...
Su