24.8.09

Tragedi June... Lembu punya pasal.

04/06/09 - Hari ini dalam sejarah. Kali pertama kereta kami accident dalam perjalanan balik ke Kel, selepas Gua Musang, pukul 6 pagi. Su yang bawak kereta time tu sbb ayah Su dan Mat (adik Ayah Su) mengantuk. Kami kereta yang ketiga melanggar lembu tu. Masa Su langgar, lembu dah terbaring kaku. KO. Kereta nampak tak teruk tapi injin kat dalam retak tau. Workshop nak claim insurance RM12K. Dah hampir 3 bulan, kereta masih kat ICU (workshop). Huhu...

Inilah lembu yang menjadi mangsa. Tuannya tak datang jengok, tak mengaku sehinggalah kami beredar balik lebih kurang pukul 2 petang. Hish... nak pelihara lembu tapi tak tambat...

Mangsa kemalangan. Huhu... Berehat di tepi ladang kelapa sawit. Sib baik ada tikar, boleh gak le baring kejap.
Lantaran boring menunggu tow truck tak sampai-sampai, Su layan movie dlm laptop ayah su sambil bergayut.

Mat menyambung tdur yang terganggu... Cantik betul tempat baring... haha

Muka orang bersalah... selepas buat report kat balai polis gua musang. Kena paksa ambik gambar kat ayah su ni... huhu

No comments: