22.2.09

Happy Birthday!!!

Istimewa buat kakak tersayang....
Selamat Menyambut Ulang Tahun kelahiran yang ke....???
(Memandangkan gambar ni ialah gambar zaman muda, gambar cun melecun, meletop-letop lagi, gambar yg diambik kat studio lebih 5-6 tahun lepas [jelesnya sbb kakak-kakak semua cung-cung], rasanya baiklah umur kak ngah dirahsiakan. Kekeke...)

Sempena hari lahir kali ini, adik hadiahkan doa khusus untuk kak, ikhlas dari hati yang sentiasa menyayangi....

"Ya Allah, Ya Mujiid, Ya Hayyu, Ya Qayyum...
Mohon padaMu Ya Allah,
Rahmatilah kakakku Norani Mohamed Nor,
Hiasi hidupnya dengan cahaya suluhan iman.
Limpahi hatinya dengan cinta dan kasih sayang.
Jagai dan pelihara dirinya dari segala keburukan.
Anugerahi dia dengan umur yang panjang dan terjaga kesihatan.
Berikan dia rezeki yang sentiasa mencurah dan penuh keberkatan.
Semoga hanya yang baik-baik saja berlaku dalam kehidupan.
Amin."

Peluk cium dari kejauhan, muahh... muahhh...
rindu dan sayang kekal bersemadi dalam ingatan.
Dari : Adik / Su

20.2.09

Annual Dinnar 2009




Gambar-gambar annual dinner su yang lepas. Temanya Movieganza. Su da ayah Su pun pakai le pakaian Arab, kononnya Arabian movie le. Bila ditanya Su pegang karekter apa, mulalah terkulat-kulat sbb tak tahu. Sudahnya Su cakap je... Princess Balqis... haha


Ini big boss Su, Mr Lam Chee Hong

Ini jiran-jiran Su kat opis. Dok meja sebelah menyebelah, tapi department lain.

Yang tengah-tengah tu manager, Ms Cheng, tapi tak tahu karekter apa yang dia bawak.

Ini my immediate boss. Mr Micheal Tan.

Ini kekawan opis lah... department lain.

Superwomen dan
erm... apa ye? Lupa la karekter apa...

Su tak sedar pun ada King Kong kat belakang tu. Bila tengok gambar ni, baru perasan.

Bersama pelakon Korea, Medusa dan Snow White... sorang lagi tu tak tahu le movie apa yg diambik.
Bersama King Kong... baru perasan yg su kecik comey orangnya.... huhu

Taraaa..... Syeikh Nasrom di apit oleh Hang Tuah dan Hang Buah... haha

Couple of the year... hehehe


18.2.09

Ana dah tua lagi setahun!!! Tahniah!!

Selamat Hari Lahir Ana!!! Epi Besday!!!
Erm... Dah menginjak alam dewasa Ana sekarang ye! 21 tahun.

Su masih ingat lagi, masa kecik dulu Ana suka makan maggi yg Su masak. Sedap sangat kan? Mahunya tak sedap, Su banyak masukkan lauk ayam dan telur. Sayur pun hiris halus-halus sbb kalau tak Ana tak makan. Itulah satu-satunya masakan yg Su paling mahir. Ye lah, sbb Su kan dok kat asrama sampai abih belajar kat U, mana tahu masak. Tapi sekarang Su dah terer la sikit. Hehehe.
Ana jangan jadi macam Su, belajar masak dari awal. Nanti senang nak masuk keluarga mertua. ;D


Sempena ulang tahun kelahiran Ana, Su hadiahkan lilin yg tak padam-padam kat blog ni. Tiup pun tak padam tau. Cubalah tiup, kalau tak percaya. Hahaha...

Semoga semangat Ana juga tak akan padam. Terus berjuang demi satu kehidupan yang bukan saja untuk dunia, tapi juga untuk kehidupan di akhirat nanti. Penuhi jiwa dan hati Ana dengan iman, kekalkan diri agar sentiasa basah dengan ilmu dan amal. Hanya itu yang akan menyelamatkan Ana dari segala mehnah dunia yang semakin mencabar. InsyaAllah.

"Ya Allah, Ya Hakiim, Ya Hayyu, Ya Qayyum...
Mohon padaMu Ya Allah,
Rahmatilah anak saudaraku Noor Farhana,
Hiasi hidupnya dengan cahaya suluhan iman.
Bentuklah dia menjadi muslimah kebanggaan.

Ya Allah, Ya Azhiim, Ya Waliyy, Ya Mujiib...
Lembutkanlah hatinya dengan perasaan kasih dan sayang.
Jadikan dia insan yg kuat semangatnya dan penuh keazaman.
Kurniakan dia kejayaan dalam pelajaran.
Jagai dan pelihara dirinya dari segala keburukan.
Anugerahi dia dengan umur yang berkat dan terjaga kesihatan.
Semoga hanya yang baik-baik saja berlaku dalam kehidupan.
Amin."

Su sayang Ana,
Take care my darling.

From: Su (yg cantik manis!??? hehe)

15.2.09

Bachelor of Mechanical Engineering (SMM) 2005-2009

Ni gmbr coursemate. Tp malay je la. Ada india sorg. Cina lnsg xde (dorg x join ktorg.. hehehe). InsyaAllah bln 8 ni grad. Doakan abg g n kwn2 d murahkan rezeki dlm kgawatn ekonomi skrg nih. Pluang krja pn xtau mcm mn lg. Tp insyaAllah ada sbb Allah yg jg sume 2. Kta nk kn jg hbgn kta dgn Allah. Jgn tggl solat, bc quran, zikir, sedekah n byk lg.

12.2.09

Lang's Birthday!!!!


Buat Lang yang kacak dan hencem,
Happy Birthday!!!
Selamat menyambut ulang tahun kelahiran yang ke 14.
Susah payah Su ambil gambar Lang yang tersenyum kemachoan. Selalunya ambik gambar macam nak telan orang je... haha...

"Ya Allah, Ya Hakiim, Ya Hayyu, Ya Qayyum...
Mohon padaMu Ya Allah,
Rahmatilah anak saudaraku Ahmad Farizal,
Hiasi hidupnya dengan cahaya suluhan iman.
Bentuklah dia menjadi muslim kebanggaan.
Lembutkanlah hatinya dengan perasaan kasih dan sayang.
Jadikan dia insan yg kuat semangatnya dan penuh keazaman.
Kurniakan dia kejayaan dalam pelajaran.
Jagai dan pelihara dirinya dari segala keburukan.
Anugerahi dia dengan umur yang berkat dan terjaga kesihatan.
Semoga hanya yang baik-baik saja berlaku dalam kehidupan.
Amin."

Cayaannggg Lang!!!
Take care my dear.

3.2.09

Baguzzz....


Angah sebagai model... merangkap tukang kebun homestay. Kakaka....