Erm... Dah menginjak alam dewasa Ana sekarang ye! 21 tahun.
Su masih ingat lagi, masa kecik dulu Ana suka makan maggi yg Su masak. Sedap sangat kan? Mahunya tak sedap, Su banyak masukkan lauk ayam dan telur. Sayur pun hiris halus-halus sbb kalau tak Ana tak makan. Itulah satu-satunya masakan yg Su paling mahir. Ye lah, sbb Su kan dok kat asrama sampai abih belajar kat U, mana tahu masak. Tapi sekarang Su dah terer la sikit. Hehehe.
Ana jangan jadi macam Su, belajar masak dari awal. Nanti senang nak masuk keluarga mertua. ;D
.jpg)
Sempena ulang tahun kelahiran Ana, Su hadiahkan lilin yg tak padam-padam kat blog ni. Tiup pun tak padam tau. Cubalah tiup, kalau tak percaya. Hahaha...
Semoga semangat Ana juga tak akan padam. Terus berjuang demi satu kehidupan yang bukan saja untuk dunia, tapi juga untuk kehidupan di akhirat nanti. Penuhi jiwa dan hati Ana dengan iman, kekalkan diri agar sentiasa basah dengan ilmu dan amal. Hanya itu yang akan menyelamatkan Ana dari segala mehnah dunia yang semakin mencabar. InsyaAllah.

"Ya Allah, Ya Hakiim, Ya Hayyu, Ya Qayyum...
Mohon padaMu Ya Allah,
Rahmatilah anak saudaraku Noor Farhana,
Hiasi hidupnya dengan cahaya suluhan iman.
Bentuklah dia menjadi muslimah kebanggaan.
Ya Allah, Ya Azhiim, Ya Waliyy, Ya Mujiib...
Lembutkanlah hatinya dengan perasaan kasih dan sayang.
Jadikan dia insan yg kuat semangatnya dan penuh keazaman.
Kurniakan dia kejayaan dalam pelajaran.
Jagai dan pelihara dirinya dari segala keburukan.
Anugerahi dia dengan umur yang berkat dan terjaga kesihatan.
Semoga hanya yang baik-baik saja berlaku dalam kehidupan.
Semoga hanya yang baik-baik saja berlaku dalam kehidupan.
Amin."
Su sayang Ana,
Take care my darling.
From: Su (yg cantik manis!??? hehe)
Su sayang Ana,
Take care my darling.
From: Su (yg cantik manis!??? hehe)
No comments:
Post a Comment