
Ya Allah... Rahmatilah keluarga kami, berikan kebahagiaan dan rezeki yang tidak putus-putus pada kami. Kekalkanlah dan hadirkanlah kasih sayang dalam hati kami. Kami merayu agar Kau lindungi keluarga kami dari kejahatan yang lahir dari keburukan dan kelemahan insan dan juga dari ciptaanMu yang lain. Mohon padaMu Ya Fattah, permudahkan setiap urusan kami selagi ia membawa kebaikan. Bekalkanlah kami semua dengan ilmu yang berguna dan perbaikilah amalan kami, demi dunia dan akhirat kami. Amin...
15.2.09
Bachelor of Mechanical Engineering (SMM) 2005-2009

Subscribe to:
Post Comments (Atom)
5 comments:
InsyaAllah, su sentiasa doakan.
Baguslah kalau dah tahu apa yang patut di buat. Tak payah su nak pesan panjang-panjang. :D
Su selalu ingat satu pesanan dari ceramah yg su hadiri.
'Jika kita kejar dunia, dunia akan lari, tapi kalau kita kejar akhirat, insyaAllah, dunia akan kejar kita.'
Maksudnya, jika kita pentingkan akhirat, insyaAllah akan ada rezeki untuk kita, kerana Allah sentiasa menjaga kita. Jadi, jangan lupa peruntukkan masa untuk menghampirkan diri pada Allah.
insyaAllah x lupe sume 2. hrpn skrg ni pn hya pd Dia. mmg cbe ntok rapatkn dr dgn Allah..
Abg Jie tahu kan, amalan murah rezeki tu apa? Solat Dhuha, ayat seribu dinar dan selalu baca surah Al-Waqiah. Sementara belum keje ni, cuba amalkan solat Dhuha.
InsyaAllah.
ayat seribu dinar n surah al-waqiah tu nk amal mcm mn.. psl solat dhuha 2, alhamdulillah la, skrg nih mmg tgh aml pn..
Ayat seribu dinar tu pendek je cek oi... buat zikir lepas sembahyang pun boleh.
surah al-waqiah tu, baca le bila-bila masa pun. setiap hari lagi bagus... alah, macam baca Quran biasa je. cuma pilih surah al-waqiah untuk baca.
Post a Comment