23.3.09

Tokey kerepek tanduk emas. Kekeke..

Antara pisang-pisang yang menjadi mangsa angah... pisang tanduk. Mahal tapi sedap! Inilah keje part time angah kedua, keje waktu malam slps balik keje dan sblm pegi keje.

Sinaran warna kuning pisang tanduk yang menyerlah... itu semua pantulan dari kuali su yang hitam legam. Hahaha...

Kerahan tenaga... ayah su jadi jong timbang...

Ruang pejabat pemprosesan kerepek tanduk emas... Fuh... cun sungguh nama kerepek buatan angah.

"Ish... seksa betul la... Kalau ada mesin papa tu kejap je..." Ini yang dinamakan susah dahulu senang kemudian... time dapat duit jualan tu, kira senang le...

Tinggalkan satu... selamat datang dua... buat angah


Panjang umurnya... panjang umurnya... panjang umurnya angah... (baca dengan nada lagu versi Indon tau) Hehehe... Inilah bahana ibu dan dan papa yang tak sesabar nak ehem.. ehem... selepas ibu abih pantang. Terus lekat. Angah keluar sehari selepas sambut birthday pertama along. Ish... Ish... Ish.... papa angah tu memang tak penyabar. (sambil menggeleng-geleng kepala. Jangan marah ye abe! Hahaha)

Angah dah 20 thn sekarang. Dua digit umur yg bermula dgn satu dah hilang dan berganti dgn dua. Itu cukup untuk menggambarkan angah yang dah besar, dah tinggi, dah berjanggut pun. Err... dah ada gewe? :D Cepat.. cepat... jawab!!

Masa kecik dulu, angah cukup susah nak makan. Kalau dah tak nak, jangan le paksa makan, nanti angah akan menangis sambil meneran. Lepas tu muntah. Muslihat yang berkesan untuk elak kena paksa makan. Memang buat Su geram tau.

Angah tahu ini lilin apa kan? Lilin yg angah guna untuk buat kerepek pisang!!!! Jadi bayangkanlah lilin ni ada atas kek b'day angah.... kekeke


Moga hidup angah lebih bercahaya dan lebih indah dari cahaya lilin ni.... InsyaAllah...

"Ya Allah, Ya Hakiim, Ya Hayyu, Ya Qayyum...
Mohon padaMu Ya Allah,
Rahmatilah anak saudaraku Mohd Farid Firdaus,
Hiasi hidupnya dengan cahaya suluhan iman.
Bentuklah dia menjadi muslimin kebanggaan.

Ya Allah, Ya Azhiim, Ya Waliyy, Ya Mujiib...
Lembutkanlah hatinya dengan perasaan kasih dan sayang.
Jadikan dia insan yg kuat semangatnya dan penuh keazaman.
Kurniakan dia kejayaan dalam pelajaran.
Jagai dan pelihara dirinya dari segala keburukan.
Anugerahi dia dengan umur yang berkat dan terjaga kesihatan.
Semoga hanya yang baik-baik saja berlaku dalam kehidupan.
Amin."

Sayang dari Su... muah... muah
Ingat pesan Su selalu ye!!...

22.3.09

Selamat melangkah ke alam dewasa!!!

Selamat Hari Lahir Along!! Hari ni genaplah 21 thn Along diberanakkan oleh ibu... (huhu... teruknya bahasa! Tapi itu yg sebenarnya, kan? Hahaha) Dari kaki along sebesar dua jari Su, sekarang kaki along dah lebih besar dari Su... dan Su kekal menjadi org yg 'terkiut' (baca : kecil molek)... , cuma along dah jadi lebih lawa dari Su je... ye lah, mana tak tumpahnya kuah basi kalau tak ke nasi dingin.... ye dak? hahaha

Masa along kecil dulu, along suka terkejut dari tidur dan terus berjalan... macam sleep walking lah lebih kurang... Bezanya along beraung-raung... Mmg nak kena tunggu kat tepi bila along tidur... takut nanti bila terjaga terus berlari keluar rumah. Tak ke naya tu...

Su ingat lagi masa along baru sekolah dan belajar membaca. Memang semua benda nak baca. Surat cinta Su pun along curi-curi baca... Ish... memang nak kena sekeh masa tu. Tak cukup dengan tu je, siap report kat ibu dan papa lagi. Grrr.... tak pe...tak pe... hati Su cakap masa tu, nanti bila along besar, Su akan baca surat cinta along lak, pastu report kat ibu dan papa... biar padan muka along. Hahaha...

Tapi zaman berubah... surat cinta tak main lagi dah... email dan phone le pulak... ceh... tak tercapai le nampaknya cita-cita (dendam) Su tu... Hahaha...

Anak buah Su semuanya dah besar panjang. Dah melangkah ke alam dewasa, alam yang penuh dengan duri dan onak. Hanya keimanan yang teguh mampu menjaga kita tatkala pedih menusuk jiwa. Untuk along... Su mahukan hanya yang terbaik... untuk dunia dan akhirat. Dan doa Su sentiasa tersedia dan bergema di hati dan minda....

"Ya Allah, Ya Hakiim, Ya Hayyu, Ya Qayyum...
Mohon padaMu Ya Allah,
Rahmatilah anak saudaraku Nurul Adilla Farhana,
Hiasi hidupnya dengan cahaya suluhan iman.
Bentuklah dia menjadi muslimah kebanggaan.

Ya Allah, Ya Azhiim, Ya Waliyy, Ya Mujiib...
Lembutkanlah hatinya dengan perasaan kasih dan sayang.
Jadikan dia insan yg kuat semangatnya dan penuh keazaman.
Kurniakan dia kejayaan dalam pelajaran.
Jagai dan pelihara dirinya dari segala keburukan.
Anugerahi dia dengan umur yang berkat dan terjaga kesihatan.
Semoga hanya yang baik-baik saja berlaku dalam kehidupan.
Amin."

Su sayang Along,
Take care my darling.
Muahh... Muah... Muah...

18.3.09

Sweet Seventeen Kak Cik... Happy Birthday!


Selamat Hari Lahir Kak Cik!!!
Muahh...muahh...muah...
Fewwiitttt... Fuh lawanya anak dara En. Wahab ni...
Ehhh... silap ayat tu. Lawanya anak sedara Su... macam Su jugak!... Hahaha... (Mesti along jelir lidah la ni... baca ayat Su yg selalu angkat bakul. haha...)

Kak Cik tau tak, selain dari abg Jie, kak Cik adalah anak buah Su yg Su jaga bermula dari tali pusat tak tanggal lagi. Yang lain lahir masa Su dok kat asrama dan kolej dan dah keje. Sempat le tunggu ibu admitted kat HUSM 2 hari sebelum lahirkan Kak Cik. Su dok tunggu result SPM kot masa tu, jadi di sebabkan Su ni menjawat jawatan sebagai 'temporary bibik' buat along dan angah, maka Su sempat le jaga Kak Cik sampai tali pusat tanggal.

Kali pertama tengok Kak Cik, Su gerun + geram nak cubit pipi Kak Cik sebab kulit Kak Cik macam nipis sangat. Tu lah... bahana papa paksa ibu telan jus tomato. Hahaha...

Su sentiasa mahukan yang terbaik buat Kak Cik dan anak-anak buah Su yang lain. Sebab tu Su dan ayah su 'paksa' Kak Cik masuk MRSM. Moga ia adalah keputusan hidup yang terbaik buat Kak Cik juga. Sesungguhnya hanya Kak Cik yang mampu menjadikannya terbaik. Dengan izin Allah tentunya. Jadi, pastikan Kak Cik belajar bersungguh-sungguh. Jangan hampakan harapan papa dan ibu yang telah banyak berkorban untuk Kak Cik dan adik beradik yang lain.

Hati Su sentiasa berdoa agar Kak Cik akan dapat yang terbaik dalam hidup. Dan sempena ulang taun kelahiran Kak Cik, Su copy paste kan doa Su buat Kak Cik.

"Ya Allah, Ya Hakiim, Ya Hayyu, Ya Qayyum...
Mohon padaMu Ya Allah,
Rahmatilah anak saudaraku Nurul Fitriah,
Hiasi hidupnya dengan cahaya suluhan iman.
Bentuklah dia menjadi muslimah kebanggaan.

Ya Allah, Ya Azhiim, Ya Waliyy, Ya Mujiib...
Lembutkanlah hatinya dengan perasaan kasih dan sayang.
Jadikan dia insan yg kuat semangatnya dan penuh keazaman.
Kurniakan dia kejayaan dalam pelajaran.
Jagai dan pelihara dirinya dari segala keburukan.
Anugerahi dia dengan umur yang berkat dan terjaga kesihatan.
Semoga hanya yang baik-baik saja berlaku dalam kehidupan.
Amin."

Su sayang Kak Cik,
Take care my darling.

From: Su (your ex-temporary bibik)

12.3.09

Selamat Hari Diberanakkan... Hahaha


Istimewa buat abang ipar tersayang....
Selamat Menyambut Ulang Tahun kelahiran yang ke....??? Ehem... ehem... Gambar gaya YB tu... haha!

Sempena hari lahir kali ini, su kirimkan doa khusus buat abg...
"Ya Allah, Ya Mujiid, Ya Hayyu, Ya Qayyum...
Mohon padaMu Ya Allah,
Rahmatilah abang iparku Abdul Wahab,
Hiasi hidupnya dengan cahaya suluhan iman.
Limpahi hatinya dengan cinta dan kasih sayang.
Jagai dan pelihara dirinya dari segala keburukan.
Anugerahi dia dengan umur yang panjang dan terjaga kesihatan.
Berikan dia rezeki yang sentiasa mencurah dan penuh keberkatan.
Semoga hanya yang baik-baik saja berlaku dalam kehidupan.
Amin."

Salam sayang dari kejauhan...
Dari : Su

2.3.09