
Panjang umurnya... panjang umurnya... panjang umurnya angah... (baca dengan nada lagu versi Indon tau) Hehehe... Inilah bahana ibu dan dan papa yang tak sesabar nak ehem.. ehem... selepas ibu abih pantang. Terus lekat. Angah keluar sehari selepas sambut birthday pertama along. Ish... Ish... Ish.... papa angah tu memang tak penyabar. (sambil menggeleng-geleng kepala. Jangan marah ye abe! Hahaha)
Angah dah 20 thn sekarang. Dua digit umur yg bermula dgn satu dah hilang dan berganti dgn dua. Itu cukup untuk menggambarkan angah yang dah besar, dah tinggi, dah berjanggut pun. Err... dah ada gewe? :D Cepat.. cepat... jawab!!
Masa kecik dulu, angah cukup susah nak makan. Kalau dah tak nak, jangan le paksa makan, nanti angah akan menangis sambil meneran. Lepas tu muntah. Muslihat yang berkesan untuk elak kena paksa makan. Memang buat Su geram tau.
Angah tahu ini lilin apa kan? Lilin yg angah guna untuk buat kerepek pisang!!!! Jadi bayangkanlah lilin ni ada atas kek b'day angah.... kekeke
Moga hidup angah lebih bercahaya dan lebih indah dari cahaya lilin ni.... InsyaAllah...
"Ya Allah, Ya Hakiim, Ya Hayyu, Ya Qayyum...
Mohon padaMu Ya Allah,
Rahmatilah anak saudaraku Mohd Farid Firdaus,
Hiasi hidupnya dengan cahaya suluhan iman.
Bentuklah dia menjadi muslimin kebanggaan.
Ya Allah, Ya Azhiim, Ya Waliyy, Ya Mujiib...
Lembutkanlah hatinya dengan perasaan kasih dan sayang.
Jadikan dia insan yg kuat semangatnya dan penuh keazaman.
Kurniakan dia kejayaan dalam pelajaran.
Jagai dan pelihara dirinya dari segala keburukan.
Mohon padaMu Ya Allah,
Rahmatilah anak saudaraku Mohd Farid Firdaus,
Hiasi hidupnya dengan cahaya suluhan iman.
Bentuklah dia menjadi muslimin kebanggaan.
Ya Allah, Ya Azhiim, Ya Waliyy, Ya Mujiib...
Lembutkanlah hatinya dengan perasaan kasih dan sayang.
Jadikan dia insan yg kuat semangatnya dan penuh keazaman.
Kurniakan dia kejayaan dalam pelajaran.
Jagai dan pelihara dirinya dari segala keburukan.
Anugerahi dia dengan umur yang berkat dan terjaga kesihatan.
Semoga hanya yang baik-baik saja berlaku dalam kehidupan.
Semoga hanya yang baik-baik saja berlaku dalam kehidupan.
Amin."
Sayang dari Su... muah... muah
Ingat pesan Su selalu ye!!...
Sayang dari Su... muah... muah
Ingat pesan Su selalu ye!!...
10 comments:
Assalamualaikum,
Guano bule April tak dok cerito gapo satu pun. guano. Puas doh ko? Takdok sapa beranok ko bule ni?
nok tahu sapo tulis ni...Ambo buke oghe Kelate..
Assalamualaikum..
Banyak cerita Sue bongkar ye.. Bagus jugok kenang cerito lamo. Raso muda sikit... Tapi lebih canggih lagi dan anok buah tak boleh pecah rekod. 2 kali keno tinggal bas nak balik u. Silap hari pun ado silap jam pun ado. Kena tinggal bas pun biasa. Takdak lagi la anak-anak sedara yang boleh pecah rekod. he..he..he..
Nak dengar lagi cerito Sue,
Lagi dasyat dari KakCik. Masa dok sekolah Teknik Teganu dule jerit ko o. Ada oghe kena gi dari pucak Kota Bharu gi pujuk. Kakcik jerit masa mula masuk MRSM, mak sedara dio jerit buke main nak kelik. Tapi masalah maso tu tak dak HP. Susahlah dia nok telipong.
Abe G guano senyap tupas.. jange-jange asyik denge gewe dio dah tak ingat nak masuk family kamikita . Ko doh buko blog 'Gewe ambo'sebab tu tak buka family kamikita.
Mak adik guono, ok ke ngaji. Bilo abis matrik. tak jupo angah ko. Anok sedara takpo..tapi mok sedara jange rekemen saing pulok. Nanti takde dapat ijazah nok sembelih lembu doh...
Ana guano tak nampak komen pung dale family kamikita ni. Abe G ajar-jar ana etek.
Amboi... amboi... banyak tul abe komen kat sini.
Angah... along... papa korang tu saja je nak kenakan su sbb su kutuk dia kat sini. Sikit je kutuk pun. Hehehe
Tak pe... tak pe... ada masa nanti su kenakan balik.
mitok maaf la blako.. xde nih.. bz do'oh.. sapa tok de nk nyawo. hahaha... kuat weh ngutuk blako...
Assaaalamualaikum.....
Minta maaflah kaum kerabat ambo belako,
Ambo tak segar sakit belake berdo oh, sakit kepala, sakit tekok, sakit tumit, sakit palo bahu serupa nak gi sana je..... Minta maaflah kalu ada apo-apo kesalahe ambo.. tak tahe sangat dah ni. Takleh nak jengok kamikita tak leh dok cace. Sakit belake sengoti sampat menyucuk dale kepalo.
Assalamualaikum,
Selamat Pulang Tuan Umrah dan Puan Umrah,
Guono dengar kaba batuk-batuk. jange H1n1 sudah...Minta simpang.Bila nak kelik kapong.
Post a Comment