18.3.09

Sweet Seventeen Kak Cik... Happy Birthday!


Selamat Hari Lahir Kak Cik!!!
Muahh...muahh...muah...
Fewwiitttt... Fuh lawanya anak dara En. Wahab ni...
Ehhh... silap ayat tu. Lawanya anak sedara Su... macam Su jugak!... Hahaha... (Mesti along jelir lidah la ni... baca ayat Su yg selalu angkat bakul. haha...)

Kak Cik tau tak, selain dari abg Jie, kak Cik adalah anak buah Su yg Su jaga bermula dari tali pusat tak tanggal lagi. Yang lain lahir masa Su dok kat asrama dan kolej dan dah keje. Sempat le tunggu ibu admitted kat HUSM 2 hari sebelum lahirkan Kak Cik. Su dok tunggu result SPM kot masa tu, jadi di sebabkan Su ni menjawat jawatan sebagai 'temporary bibik' buat along dan angah, maka Su sempat le jaga Kak Cik sampai tali pusat tanggal.

Kali pertama tengok Kak Cik, Su gerun + geram nak cubit pipi Kak Cik sebab kulit Kak Cik macam nipis sangat. Tu lah... bahana papa paksa ibu telan jus tomato. Hahaha...

Su sentiasa mahukan yang terbaik buat Kak Cik dan anak-anak buah Su yang lain. Sebab tu Su dan ayah su 'paksa' Kak Cik masuk MRSM. Moga ia adalah keputusan hidup yang terbaik buat Kak Cik juga. Sesungguhnya hanya Kak Cik yang mampu menjadikannya terbaik. Dengan izin Allah tentunya. Jadi, pastikan Kak Cik belajar bersungguh-sungguh. Jangan hampakan harapan papa dan ibu yang telah banyak berkorban untuk Kak Cik dan adik beradik yang lain.

Hati Su sentiasa berdoa agar Kak Cik akan dapat yang terbaik dalam hidup. Dan sempena ulang taun kelahiran Kak Cik, Su copy paste kan doa Su buat Kak Cik.

"Ya Allah, Ya Hakiim, Ya Hayyu, Ya Qayyum...
Mohon padaMu Ya Allah,
Rahmatilah anak saudaraku Nurul Fitriah,
Hiasi hidupnya dengan cahaya suluhan iman.
Bentuklah dia menjadi muslimah kebanggaan.

Ya Allah, Ya Azhiim, Ya Waliyy, Ya Mujiib...
Lembutkanlah hatinya dengan perasaan kasih dan sayang.
Jadikan dia insan yg kuat semangatnya dan penuh keazaman.
Kurniakan dia kejayaan dalam pelajaran.
Jagai dan pelihara dirinya dari segala keburukan.
Anugerahi dia dengan umur yang berkat dan terjaga kesihatan.
Semoga hanya yang baik-baik saja berlaku dalam kehidupan.
Amin."

Su sayang Kak Cik,
Take care my darling.

From: Su (your ex-temporary bibik)

2 comments:

Anonymous said...

FUUUYOOOOO, BETUL-BETUL KAK CIK KE NI? cAIR PAKWE. EH!EH!EH! FOTOGENIK BETUL....kALAULAH ADA KAWAN-KAWAN KEPADA KAMIKITA PUNYA GENG YANG TERTENGOK RASA NAK CALIT KAPOR NI... tUA LAH DAKU, ANAKANDA-ANAKANDA KU DAH PAKAT ADA BOY FRIEND. tAK de nak cari pitis nak kenduri.

su said...

Abe, kalau anak-anak nak kawin... mrk cari duit sendiri. Tak payah sponsor.
Kalau tak de duit, itu tandanya belum sampai masa nak kawin lagi... Hahaha