16.6.09

Perjalanan Umrah 5/5 - 13/5

Ni masa dlm flight nak ke Bahrain. Sendiri ambik gambar, sbb nak mintak tolong org lain, tak kenal lagi. Ok gak kan?

Transit kat Bahrain dulu, tdo semalaman kar sana. Time breakfast ni... makanannya boleh tahan. Yang menariknya, telor ayam kat sana rupanya macam telur itik je. Warna kulitnya putih. Ayah su bergambar, ala-ala buat iklan telor gitu... haha

Ni housemate masa kat Bahrain.
Masa nak naik flight dari Bahrain ke Madinah.
Turun dari kapal terbang, naik bas lak. Bas yang ada bebarap seat je untuk org tua dan yg kurang upaya. Selebihnya berdiri lah... Rasa macam naik LRT je. Tapi kejap sangat.

Dari lapangan terbang, naik bas ke Makkah. Berenti tgh jalan kejap, beli air mineral water, kebab dan fruit cocktail. Kebab dan fruit cocktail tu mmg sedap sangat.

Ini masa kat satu restoran masa nak ke Madinah. Makan nasi Arab.

Inilah rupa nasi Arabnya. Simple je, ayam panggang dan ikan goreng. Nasinya ada rasa sikit... dah campur dgn garam dan minyak kot. Tapi bukan rasa macam nasi minyak. Lada bsarnya mmg pedas. Apapun... nasi ni mmg sedap.

Ini gambar payung kat Masjid Nabawi. Ada yg bukak, ada yg tutup. Waktu siang, semua bukak.

Ini gambar ayah su dgn salah seorang roommatenya, Pakcik Salleh. Masa ni, pukul 12 malam lebih, masa baru sampai kat masjid Nabawi. Org lain dah masuk bilik, tapi kami buat ziarah tak rasmi kat Masjid Nabawi. Kubah hijau tu adalah tanda terletaknya makam nabi yg ada dlm masjid.

Ini masa ziarah kat masjid Quba', iaitu antara masjid yg terawal di bina. Solat 2 rakaat di masjid ni, bersamaan dgn satu umrah. Masjid ni di bina ketika nabi nak merhijrah dari Makkah ke Madinah.

Tu buah timun cina tau. Besar buahnya... Isinya merah macam buah timun cina kat M'sia je.

Tasbih gergasi yang turut dijual.

Ini masa melawat ladang kurma. Macam ladang kelapa sawit je sbnrnya, tapi lebih terjaga.

Dalam ladang kurma tu ada kedai yg menjual banyak kurma yg pelbagai jenis. Masa ni boleh makan sebanyak mana kurma yang terlarat.
Inilah rupa buah kurma fresh. Kata org arab yg jual kat kedai tu..."Satu.. halal. Dua...halal. Tiga..haram." Maksudnya boleh try setakat dua biji sorang je, selebihnya dia tak halalkan. Hehe...
Ini jalan menuju ke Masjidil Haram masa kat Makkah. Kat belakang tu, dah nampak masjidnya. Lebih kurang 300 meter jarak hotel yang kami tinggal dgn Masjidil Haram.

Bergambar dlm Masjidil Haram, di tingkat 2. Nampak tak botol mineral water yang penyek tu? Itulah rupa botol selepas ayah su berjaya mencium hajarul aswad. Bersesak dan bertolak-tolak, sehingga botol tu dah tak nampak rupa botol pun.
Ayah su pun nak bergambar dgn Ka'abah jugak!

Ini masa berada di luar kawasan Masjidil Haram. Dekat kawasan Hilton. Ramai orang kulit hitam menjual barang dagangan spt inai, kain tudung, selipar, alas meja, baju dsb...

Masa nak pergi miqat (berniat) sebelum buat umrah.

Hencem tak ayah su tanpa misai? Kekeke...
Selepas dibotakkan... Hehehe

Masa naik unta ni, ada seorang makcik dok sblh su dan kata... "Rasa macam nak kenal org atas unta tu... sapa ye?"... Su gelak besar sbb dia dah tak cam rupa ayah su slps tak berambut. Haha...
Bergambar di Jabal Rahmah. Batu kat belakang tu sebagai tanda. Ini ialah tempat pertemuan semula antara nabi Adam dan Hawa. Kat sini su doakan agar anak-anak buah su dapat pasangan hidup yang baik, isteri/suami yang soleh/solehah.
Spek mata tu beli kat sinilah, harga 5 rial. Tak tahan, silau panas sampai tak boleh nak celik mata.

Inilah pandangan dari bawah tangga menuju ke Jabal Rahmah. Yang dok melambai tu, Su

Ini lawatan kat dlm muzium Kaabah. Dalam muzium ni, kebanyakan barangnya adalah binaan lama Ka'abah.

Tangga ni dipanggil mimbar Rasulullah.

Susu unta!!! Segar dari ladang! Percuma untuk minum masa tu je. Tapi org yg perutnya sensitif, tak boleh minum banyak, nanti.. burrrr... tak pepasal cirit birit.

Iklan susu unta oleh Syeikh Nasrom Al Nawi... Hehehe

Dari luar Masjidil Haram, dari pintu Babus Salam...

Su suka gambar ni... Masjidil Haram nampak cantik sangat. Pandangan sebenar lebih cantik dari dalam gambar.
Bergambar di depan Kaabah...

Dari pintu Raja Abdul Aziz... Selepas melakukan tawaf wida' iaitu tawaf selamat tinggal. Tu yg bersolek sikit tu.

Ayah su bergambar bersama jemaah lelaki di Laut Merah yang tak nampak merah pun... Ustaz cerita, ia dinamakan Laut Merah sbab masa dulu berlaku peperangan yang amat dasyat sehingga laut menjadi merah akibat campuran darah.

Ini dah sampai KLIA nih...

No comments: