Hubungan darah tak mungkin putus walaupun kita tak lahir dari rahim yang sama. Itu selalu kak su sematkan dalam fikiran. Andai pernah terbentuk jarak dan jurang yang menjauhkan hubungan, seboleh mungkin kak su cuba merapatkan. Namun usaha kak su tak mungkin berhasil andai Allah tak mengizinkan. Tak mungkin berjaya jika adik-adik kak su tak berusaha untuk merapatkan hubungan sesama kita...
Adik Wani/ Mak adik / Kak. Dah besar panjang... dah terlebih panjang berbanding dgn kakakmu yg kecil molek ini. :) Dan kamu comel seperti kakakmu zaman memuda dulu... Hehe.... Kemana nak tumpahnya kuah, kalau tak dalam pinggan, kan? Dah ada pakwe blm?
Semoga apa jua yang di cita-citakan akan dapat digapai. Semoga perit sakit ma membesarkan dan menjaga kamu akan hilang saat melihat kejayaan yang ditempah. Ingat, lakukan segalanya kerana Allah. Niatkan begitu, dan langkahmu akan terjaga. InsyaAllah...
Buat adik kesayangan.... Doaku untukmu sentiasa kedengaran...
"Ya Allah, Ya Hakiim, Ya Hayyu, Ya Qayyum...
Mohon padaMu Ya Allah,
Rahmatilah adikku Nor Azwani,
Hiasi hidupnya dengan cahaya suluhan iman.
Bentuklah dia menjadi muslimah kebanggaan.
Ya Allah, Ya Azhiim, Ya Waliyy, Ya Mujiib...
Lembutkanlah hatinya dengan perasaan kasih dan sayang.
Jadikan dia insan yg kuat semangatnya dan penuh keazaman.
Kurniakan dia kejayaan dalam pelajaran.
Jagai dan pelihara dirinya dari segala keburukan.

Anugerahi dia dengan umur yang berkat dan terjaga kesihatan.
Semoga hanya yang baik-baik saja berlaku dalam kehidupan.
Semoga hanya yang baik-baik saja berlaku dalam kehidupan.
Amin."
No comments:
Post a Comment