Wajah-wajah teruja.... Dok menyiapkan diri sebelum masuk dewan.

Abah dan Lang dok menunggu kat luar dewan. Pintu dewan belum bukak lagi ni...

Wajah bonda yang bediri penuh bangga. Anak pertama kini dah menunjukkan kejayaan pertama.

Bergambar kejap sebelum berpecah untuk masuk ke dewan. Muka ayang yang mencuka sebab dia tak boleh masuk! Haha...

Wajah-wajah graduan engineer... Fuhh... Boleh tahan gak, kan? Hehe...

Lambat lagi ke... Dah berpeluh sakan ni.

Dewan konvokesyen...

Sibuk dok menalipon... Huh...

Rombongan keluarga yang meraikan kejayaan abg Jie... We proud of you!!! Bergambar tengah hujan ni tau...

Mak sedara memang selalu bergaya lebih... Kita macam sebaya je kan? Haha...

Kumbang diantara bunga... Ehh... kumbang pun dapat bunga???...

Makan malam meraikan kejayaan abang jie... Err... sebenarnya lebih kepada mengisi perut yg kosong. Nak wat camne, kat tempat orang ni mana tahu makan kat mana yg best. Lainlah kalau kat Shah Alam... Tapi ok gak makanannya..

Ayah Su sempat lagi menunjukkan ikan siakap yang dah menjadi mangsa... Tinggal kepala dan tulang je... Heh... nampak sangat semua orang lapar... Haha...

Tengah bersiap untuk sesi bergambar kali kedua... Tak puas berganbar masa hari konvo sbb hujan.

Homestay yang penuh suasana desa. Makan pagi yang disediakan ehsan tuan rumah. Memang berselera makan pagi bertemankan kicauan burung dan ditepi kolam ikan... Sapa tak datang memang rugi... hoho...

Kasih bonda... Sentuhan seorang ibu.

Wajah ceria... Errr... senyum jangan tak senyum...

Lang ni kurus sangatlah... makan lebih sikit tau...

Kucupan cinta seorang bonda yang bangga dengan kejayaan anaknya... "Tahniah sayang...". Cewaahhh...

Terima kasih ma... Thks... Sie sie... Gracias... Arigatoguzaimas...

Errr... kat dalam tu ada buku konvokesyen tau... Sijilnya belum dapat. Hehe...

Su nak bergambar jugak la...

"Ish... rugi tak bawak pancing ni..."

"Senyum la woi..." Dan inilah hasilnya... wajah-wajah ceria.

Jom kita pegi bergambar kat UTM lak... sebelum balik umah masing-masing...

Di pintu utama...

Inilah hasil tadahan ilmu di UTM...
Err... perhatikan baik-baik ye... TIADA.

Tadaaaaa... ADA!!!. Su muncul dari belakang. Magic kan?
Haha... Peace!!

Keris gergasi... menggantikan cokmar semasa majlis konvokesyen.

Bersama ayah bonda... Ish... dah besar anak ma dan abah ni...

Last but not least... Inilah jurugambarnya... nak gak bergambar...
TAHNIAH ABG JIE!!!!!!
2 comments:
Assalamualaikum Abe G dan juga ahli keluarga sekelian.
Ayah Ngah dan keluarga mohon maaflah sebab tak sempat nak merayakan bersama Majlis Konvo Abe G di Skudai. Tak de dan ayah Ngah rasa kurang sihat nak travel jauh. Seperti yang dirancang niat memang nak gi tapi bila balik dari Kuantan ayah Ngah tak boleh nak bangun..sakit segala urat dan selsema...Bimbang juga dengan wabak HINI ni. Esokkenye ayah Ngah gi KL dengan Kaklong. Tahu berapa jam..Bertolak pukul 4.30 pagi pukul 4.00 petang baru sampai.Senguk rata jale..Gi mandi kat Angah di UIAM. Ayah Ngah tumpe bangga Abe Gi jadi anak saudara pertama terima Ijazah....Sekalung tahniah...Tahniah juga buat keluarga. Ingatlah pengurbanan ma dan abah selalu bila dah berjaya dalam hidup. Pimpinlah adik-adik yang lain untuk terus berjaya.
Marilah kita sama-sama doakan agar keluarga kita dirahmati Allah dan sentiasa beramal ke jalan NYA.
INSYAALLAH.

Post a Comment